Isnin, 30 September 2013

Kupasan Novel Renyah....

Tema
 Tema dalam novel Renyah adalah ketabahan dalam menghadapi tekanan hidup.
 Datuk Dolhi merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya tetapi menghadapi tekanan hidup dalam menangani kerenah anak-anaknya.
 Sebagai seorang bapa, beliau mahukan yang terbaik buat anak-anaknya, walaupun anak-anaknya hanyut dalam keinginan sendiri hingga mendatangkan masalah dan tekanan kepadanya.
 Datuk Dolhi juga berasa bimbang terhadap anak-anaknya yang tidak berminat mengurus perniagaannya.
 Kebimbangan itu bertukar menjadi kecewa apabila anak-anaknya terlibat dalam pelbagai salah laku.
 Walau bagaimanapun, masalah yang datang itu dapat dihadapi dan diselesaikan dengan cara yang baik.


Persoalan

 Harapan seorang ayah

a) Datuk Dolhi amat mengharapkan anak-anaknya dapat mengikut jejaknya sebagai ahli perniagaan.
b) Datuk Dolhi meletakkan harapan yang amat tinggi kepada Wahi, iaitu anak isteri keduanya untuk menerajui syarikatnya. Lantaran itu, beliau menghantar Wahi ke Jepun untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang perniagaan.

 Minat dan kecenderungan seseorang tidak dapat diubah

a) Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan walaupun Datuk Dolhi seorang usahawan yang berjaya.
b) Anak-anak Datuk Dolhi mempunyai minat masing-masing. Hasol menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik, Amera sebagai pendidik, Ilham memperjuangkan alam sekitar, Mukhlis dengan dunia dakwahnya, dan Dani meminati bidang muzik.

 Kefahaman yang betul mengenai ilmu agama

a) Mukhlis yang cetek pengetahuan agamanya terikut-ikut dengan ajaran songsang kumpulan dakwahnya tanpa menyelidiki kebenaran ajaran kumpulan itu.
b) Sebagai akibatnya, dia mengalami tekanan daripada kesusahan hidup yang dihadapi hingga menjadi kurang siuman.

 Sikap menghargai barangan dan jenama tempatan

a) Datuk Dolhi lebih gemar menggunakan Limosin Saga keluaran tempatan apabila menghadiri majlis rasmi.
b) Datuk Dolhi juga memakai baju batik Kelantan ketika menghadiri pertunjukkan busana Islam.

 Sikap tamak dan ingin hidup mewah hingga sanggup melibatkan diri dalam rasuah

a) Tengku Munir yang tamak sanggup memberikan rasuah kepada Hasnol agar meluluskan kesemua tender yang dipohonnya.
b) Hasnol pula yang ingin hidup mewah sanggup menerima rasuah sehingga dia didakwa oleh pihak berkuasa.

 Kepentinan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang dapat ditambah melalui pembacaan.

a) Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk dijadikan sebagai bahan dalam ceramahnya.
b) Kebolehan Wahi dalam menulis teks ucapan dan ceramah untuk Datuk Dolhi adalah kerana minatnya yang tinggi terhadap pembaaannya.

Watak dan Perwatakan

 Datuk Dolhi
 Datuk Dolhi adalah watak utama dalam novel ini.
 Suami kepada Datin Tominah.
 Berusia 60-an dan sering sakit-sakit di bahagian dada.
 Bapa kepada Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis dan Dani serta Wahi.
 Rakan niaga Albert-Lee.
 Pandai dalam perniagaan. Buktinya, beliau merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki syarikat Dolhi-Albert Holdings.
 Seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, beliau telah membiayai Wahi iaitu anaknya dengan Mastura walaupun setelah Mastura meninggal dunia ketika melahirkan Wahi.
 Penyayang. Buktinya, beliau tetap sayang kepada semua anaknya walaupun anak-anaknya itu banyak menimbulkan masalah kepadanya sehingga mencemarkan nama baiknya
 Seorang yang berani. Buktinya, beliau telah membuat keputusan untuk melantik Wahi sebagai penggantinya dalam dolhi-Albert Holdings walaupun dia tahu bahawa Albert Lee ingin menguasai Albert-Lee Holdings. Sebagai akibatnya, persahabatannya dengan Albert terlerai bagitu sahaja.
 Seorang yang rajin. Buktinya, beliau rajin mengikuti seminar keusahawanan dan membaca buku motivasi.
 Penyabar. Buktinya, beliau tidak memaksa tetapi sabar menunggu Hasnol menyertainya dalam Albert-Dolhi Holdings.

 Hasnol
 Hasnol merupakan anak sulung datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Berkerja dalam sektor kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
 Berkahwin dengan Linda, iaitu anak seorang diplomat yang mempunyai gaya hidup yang mewah.
 Mempunyai 2 orang anak.
 Hasnol tidak berani menghadapi cabaran. Buktinya, beliau tidak mahu meneruskan usaha bapanya dalam perniagaan kerana dia tidak sanggup menghadapi cabaran dan risiko dalam bidang itu.



 Ilham
 Ilham adalah anak ketiga Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Ilham seorang pecinta dan pejuang alam sekitar.
 Seorang yang berbakat dalam seni sastera kerana sering mendeklamasikan sajak. Buktinya, dia telah memberikan puisi yang dikarangnya kepada Dani untuk dilagukan.
 Tidak mempunyai sifat patriotik. Buktinya, sewaktu media elektronik memaparkan temu ramah Ilham dengan stesen TV antarabangsa , dia telah mengecam kerajaan Malaysia kerana membiarkan balak terus ditebang secara berleluasa.

 Mukhlis
 Mukhlis anak keempat Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Mukhlis mudah terikut-ikut dalam beragama tetapi sebenarnya dia tidak memahami agama yang sebenar. Buktinya, oleh sebab mahu mengikut sunnah Nabi yang berkahwin dengan janda, dia sanggup mengahwini janda tuk gurunya tanpa usul periksa.
 Seorang yang mempunyai sifat belas kasihan. Buktinya, dia berasa kasihan tehadap Hanisah yang diceraikan oleh tuk gurunya.
 Akhirnya, dia mengalami tekanan mental sehingga menjadi tidak siuman.
 Buktinya, seorang pemuda yang ditemui oleh Datuk Dolhi dan Ustaz Hasyim di Kampung Sungai Bakau mengatakan bahawa Mukhlis tidak siuman kerana cuba menyerang tuk gurunya.

 Dani
 Dani anak bongsu Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Dani berambut panjang, selekeh dan tidak terurus. Buktinya, bapanya menegur rambut dan pakaiannya yang tidak terurus dan menasihatinya agar memakai pakaian yang lebih elok.
 Seorang artis rakaman dan telah berjaya merakamkan album bersama kumpulan rocknya, iaitu Young Rock Band.
 Terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Buktinya, dia ditangkap oleh polis ketika mencari bekalan dadah di sebuah pekan kecil.




 Wahi
 Wahi adalah nak Datuk Dolhi dengan Mastura.
 Dibesarkan oleh neneknya selepas ibunya meninggal dunia ketika melahirkannnya.
 Wahi bekerja di Dolhi-Albert Holdings dan merupakan orang kepercayaan Datuk Dolhi.
 Seorang yang kaya dengan idea. Buktinya, Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert Holdings melaksanakan Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM) sebagaimana yang dilaksanakan oleh syarikat-sayarikat Jepun.
 Wahi seorang yang bijak dan cekap berfikir. Buktinya, Datuk Dolhi mengakui bahawa Wahi seorang yang bijak dan cekap serta akan menguasai syarikat suatu hari nanti.

 Watak-watak lain
 Amera adalah satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi dengan Datin Tominah dan menjadi pendidik yang berdedikasi
 Albert Lee ialah rakan kongsi Datuk Dolhi dalam Dolhi-Albert Holdings.
 YB wahad ialah suami Amera yang juga merupakan Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas.
 Linda ialah isteri Hasnol yang suka akan gaya hidup mewah.
 Robert Lee ialah anak Albert Lee yang mahu dijodohkan dengan Amera.
 Rozie, setiausaha Datuk Dolhi yang cekap menjalankan tugas.
 Tengku Munir merupakan kerabat raja yang telah menyebabkan Hasnol ditangkap BPR kerana kes rasuah.


Latar
 Latar Tempat
 Pejabat Datuk Dolhi. Di sini berlakunya banyak pelbagai peristiwa penting dalam novel ini.Antaranya termasuklah Mukhlis yang datang untuk meminjam wang dan peristiwa Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya.
 Rumah Datuk Dolhi.Di sini juga banyak peristiwa penting dalam novel ini. Antaranya termasuklah Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya daripada isteri keduanya.
 Sarawak. Di Sarawak, Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan
 Tokyo. Datuk Dolhi ke sana kerana ingin berehat dan melupakan masalah anak-anaknya buat seketika.
 Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau. Di sini, Mukhlis tinggal bersama dengan isterinya yang merupakan janda tuk gurunya yang mempunyai 3 orang anak.
 Kelab Mawar. Di sini, Amera telah berjumpa dengan YB Wahab buat pertama kali.
 Teratai Inn. Di sini, Hasnol telah berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah kepada Hasnol dengan syarat Hasnol membantunya memperoleh semua tender yang dimohonnya.

 Latar Masa
 Latar masa bagi novel ini adalah pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menetri dan Tun Ghaffar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri
 Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam.
 Pada waktu pagi. Buktinya, Datuk Dolhi ada mensyuarat dengan Raj Hussien pada pukul sepuluh.
 Pada waktu petang. Buktinya, Datuk Dolhi ada ceramah di Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan ceramah.
 Pada waktu tengah hari. Buktinya, Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum ke Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan ceramah.
 Pada waktu malam. Buktinya, Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo pada pukul 10.45 malam dari Lapangan Terbang Subang.



 Latar Masyarakat

 Masyarakat yang merupakan golongan usahawan. Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holdings. Malahan Datuk Dolhi merupakan seorang utawan.
 Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan. Datuk Dolhi banyak mempunyai pengalaman dan ilmu pengetahuan disebabkan beliau rajin membaca buku.
 Masyarakat yang boros dan tamak. Contohnya, Tengku Munir bersikap tamak hingga sanggup memberikan tekanan tekanan kepada Hasnol bagi memperoleh semua tender yang dimohonnya. Hasnol boros kerana menurutkan perangai isterinya yang gemar berbelanja secara mewah.
 Masyarakat majmuk. Kehidupan majmuk dalam negara yang terdiri daripada bangsa melayu yang diwakili oleh keluarga datuk Dolhi, bangsa cina yang diwakili oleh keluarga Albert Lee dan bangsa Jepun yang diwakili oleh Yuka.
 Masyarakat yang berani. Buktinya, Amera berani menegur Ilham dan Dani yang tidak mahu bekerja dan tidak berdisiplin. Wahi juga berani bertemu dengan bapa Yuka untuk melamar Yuka.













Plot
 Binaan plot
 Peristiwa dalam novel ini disusun secara tidak kronologi.
 Dalam bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan watak utama iaitu Datuk Dolhi yang risau akan kerenah anak-anaknya yang tidak berminat untuk meneruskan usahanya dalam bidang perniagaan.
 Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu kepada gelagat anak-anak Datuk Dolhi . Hasnol asyik datang ke rumah Datuk Dolhi kerana mahu meminjam wang sehingga dia sanggup menerima rasuah daripada Tengku Munir. Dani pula sibuk dengan urusan kumpulan muziknya untuk membuat rakaman. Ilham menghasut masyarakat Penan di Sarawak supaya menentang aktiviti pembalakan di tempat mereka. Mukhlis pula mengikut kumpulan dakwahnya dan berkahwin dengan janda tuk gurunya yang mempunyai 3 orang anak. Amera pula masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerima Robert Lee sebagai suaminya.
 Dalam bahagian perumitan, Ilham telah mengetuai demonstrasi orang-orang Penan bagi menentang projek pembalakan di Sarawak. Hal ini menyebabkan Datuk Dolhi tertekan dan berasa malu, lantas membawa dirinya ke Jepun.
 Dalam bahagian klimaks, Ilham telah melarikan diri ke Perancis sebagai akibat diburu pihak berkuasa kerana menghalang pembalakan di sarawak. Hasnol pula diburu oleh pihak BPR atas dakwaan menerima rasuah dan akhirnya ditangkap ketika berada di lapangan terbang sekembalinya dari London. Dani pula ditangkap kerana terlibat dengan dadah ketika mengadakan persembahan kumpulannya muziknya. Sementara itu, Mukhlis pula hidup melarat dan menjadi tidak siuman.
 Peleraian cerita ini ialah Hasnol telah dibebaskan dengan jaminan Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan akan menghantarnya ke pusat pemulihan. Amera berkahwin dengan YB Wahab. Wahi pula pulang dari Jepun bersama isterinya, Yuka yang berketurunan Jepun. Datin Tomunah menerima kedatangan Wahi dan isterinya dengan dada terbuka. Mukhlis berjaya ditemui dan terlantar di hospital. Dia akan dihantar ke pusat rawayan mental. Ilham tidak mahu pulang ke Malaysia kerana bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa. Datuk Dolhi juga telah mengumumkan Wahi sebagai penggantinya di Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah keluarganya selesai, Datuk Dolhi bercadang ke Makkah untuk menunaikan umrah dan ziarah bersama dengan isterinya, Datin Tominah.






Teknik plot
 Teknik Dialog
 Dialog ialah pertuturan antara watak yang dipapar dalam cerita.
 Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik.
 Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah:
“Tengku...” Hasnol terketar-ketar.
“Kenapa ada lagi yang sangkut?”
“Empat sudah lulus.”
“Mana cukup empat? Aku masuk dua belas.”
“Tak mungkin semua tengku.”
“Aku mahu semua.” (halaman 189)

 Teknik Imbas Kembali
 Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya.
 Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak.
 Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah ketika Datuk Dolhi teringat akan anaknya, Mukhlis, iaitu:

Dia teringat akan anaknya Mukhlis. Semalam dia ternampak Mukhlis di
masjid. Jubah dan serbannya kelihatan lusuh. Janggut dan jambangnya tidak
bercukur, tidak pula dirapikan. Dengan sebuah beg, dia bersandar di tiang seri
masjid. (halaman 69)

 Teknik Pemerian
 Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau penerangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.
 Antara contoh penggunaan ternik ini termasuklah ketika pengarang memerihalkan suasana di rumah Datuk Dolhi setelah kepulangan Wahi dan isterinya, Yuka dari Jepun, iaitu:

Malam itu mereka sekeluarga berhimpun walaupun tidak lengkap semuanya.
Suasana terasa meriah dengan kedatangan ahli baharu. Malam itu juga Datuk
Dolhi mencerita segala-galanya. Suasana tiba-tiba berubah pilu apabila kisah
Mastura yang hidup dalam keterasingan diceritakan. Bagaimanapun, Datuk Dolhi
tidak mahu kesedihan itu berterusan. (halaman 210)


 Teknik Monolog
 Monolog bermaksud tutur atau pengucapan sesuatu watak, samada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.
 Antara contoh monolog dalam cerita ini termasuklah ketika Datuk Dolhi menatap kertas cadangan Wahi tentang Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM), iaitu:
“Macam-macam idea si Wahi ni,” bisik Datuk Dolhi.(hal.65)

 Teknik Saspens
 Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
 Antara contoh suspens dalam novel ini termasuklah ketika Amera mendapat jambangan bunga daripada peminat misterinya,iaitu:

“Tahiah kak!” Dani masuk dengan ceria. Di tangannya,sejambak bunga yang berbalut rapi tampak begitu indah.
“Eh, sama-sama! Bunga siapa ni?
“kak Ameralah”
“Dani bagi?”
“Bukan ada pengirim yang menghantar melalui Mekar Florist.”
“siapa?”
“Pakwe barangkali.”
“mengarutlah Dani. Kakak mana ada pakwe.” (hal. 91-92)


 Teknik Kejutan
 Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya
 Kejutan bermaksud perubahan dalam peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga.
 Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
Antara contoh kejutan dalam novel ini termasuklah datuk Dolhi memberitahu bahawa Wahi adalah anaknya daripada isteri kedua kepada seisi rumah .Iaitu:
Malam itu seisi rumah Datuk Dolhi gempar apabila dia mengisytiharkan bahwa Wahi ialah anaknya daripada isteri kedua. Datin Tominah menangis teresak-esak. Dia menelefon saudara-maranya. Amera termenung panjang. Dani menggeleng-geleng. Hasnol tidak menjawap apabila Datin Tominah memberitahu. Masing-masing menyipan perasaan (hal. 176-177)
Gaya Bahasa

 Novel Renyah telah diolah dengan menggunakan pelbagai unsure gaya bahasa untuk menjadikan ceruta menarik dan berkesan.
 Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:

 Diksi
 Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:
 Novel yang dikarang oleh Gunawan Mahmood ini mengutarakan kisah seorang tokoh korporat yang berjaya dalam bidang perniagaan, tetapi mengalami tekanan hidup dalam menangani kerenah anak-anaknya. Daripada aspek diksi, jelas pengarang berjaya memilih kosa kata yang sesuai dengan latar tempat dan latar masyarakat dalam cerita tersebut. Antara kosa kata tersebut termasuklah perniagaan,jutawan,pengarah utusan, projek pembinaan, tenser dan datin.
 Untuk menggambarkan kisah tokoh korporat tersebut yang mengamalkan dasar pandang ke Timur, iaitu Negara Jepun,pengarang juga turut menggunakan bahasa Jepun. Termasuklah konbanwa,genki desu, dozo, ohayo gozaimasu, dan hajimemashite.
 Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Inggeris, sesuai dengan cerita yang memaparkan dunia niaga. Antaranya termasuklah entrepreneur, complain, top, sporting, confirm, dan sponsor.
 Terdapat juga penggunaan bahasa Arab, sesuai dengan cerita yang berlatarbelakangkan masyarakat melayu yang beragama islam. Antaranya termasuklah assalamualaikum, insya-Allah, astaghfirullah, rahmatullah, alhamdulillah dan subhanahuwataala.
 Pengarang juga bijak menggunakan kosa kata yang sesuai dengan situasi dan hal ini meninggalkan kesan kepada pembaca.

 Peribahasa
 Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah dan bandingan.
 Antara contoh peribahasa yang terdapat dalam novel ini termasuklah jual mahal, panas darah, hangat-hangat tahi ayam, lembut gigi daripada lidah, menatang bagai minyak yang penuh, kalu guru kencing berdiri anak-anak murid kencing berlari, dan langit mana yang cerah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.



 Ayat
 Dalam novel ini pengarang menggunakan ayat pendek, sederhana, dan panjang.
 Antara contoh ayat pendek yang banyak diselit dalam dialog termasuklah:
a) “Datin Salmah dan datuk, Datin Malini dan datuk, dan yang paling penting VIP-nya.”
“Siapa?”
“Raja Muda.” (halaman 39)
b) “Cukup! Mulai esok tinggalkan topeng-topeng kau ini.
Bekerjalah, sempurnakan tanggungjawab kepada manusia dan Tuhan. (halaman 83)
 Antara contoh penggunaan ayat sederhana dan ayat panjang dalam novel ini termasuklah dalam petikan dibawah ini:
Dani bangun meninggalkan bapa dan ibunya. Itulah stail Dani dari dulu. Datuk Dolhi telah tercium kegiatan Dani yang kurang sihat, terutama pergaulannya dengan kumpulan budak-budak penagih. Dani harus diselamatkan sebelum sempat dia menggelumangi aktiviti tidak sihat. Tetapi bagaimana? (halaman 174)

 Simile
 Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
 Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan ibarat.
 Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah:
a) Ligat macam gasing. (halaman 15)
b) Peluh seperti mata air yang keluar dari liang-liang batu. (halaman 20)
c) Bibir tuanya seperti sagu pecah. (halaman 39)

 Metafora
 Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam dan sebagainya.
 Antara contoh penggunaan metafora dalam novel ini termasuklah:
a) ...Berjalan-jalan di Memorial Park, melihat Kubah Atom, menyusur pinggir Sungai Motoyasu, membaca tugu-tugu kenangan. (halaman 26)
b) Datuk Dolhi bangga dapat menyemai benih keusahawanan pada diri anak bangsa...(halaman 38)
c) Sedangkan disebalik gunung sana terhampar sawah kemewahan yang tidak habis dimakan. (halaman 79)


 Personifikasi
 Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya.
 Penggunaan personifikasi dapat menimbulkan kesan yang mendalam terhadap pembaca.
 Antara contoh penggunaan personofikasi dalam novel ini termasuklah:
a) Cahaya matahari petang menggigit kulit. (halaman 20)
b) Tasik dan pohon-pohon menjadi saksi orang yang tidak takutkan dosa. (halaman 24)
c) Dia cuba melupakan segala masalah yang mengacau benak.
(halaman 113)


 Nilai

 Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh sebab itulah, mereka berusaha mnyelamatkan anak-anak mereka yang bermasalah dengan pelbagai cara.
 Nilai sabar. Contohnya, Datuk Dolhi begitu sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan usahanya dalam perniagaan.
 Nilai tanggungjawab. Contohya, Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberikan pendididkan kepada anak-anaknya,termasuklah Wahi yang dipelihara neneknya.
 Nilai patriotic. Contohnya, Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
 Nilai berani. Contohnya, Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja dan hanya mundar-mandir.
 Nilai rajin. Contohnya, Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk menambah pengetahuannya.








 Pengajaran

 Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun mereka sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.
 Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar menerima berita


Nilai
 Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh sebab itulah, mereka berusaha menyelamatkan anak-anak mereka yang bermasalah dengan pelbagai cara.
 Nilai sabar. Contohnya Datuk Dolhi begitu sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan usahanya dalam perniagaan
 Nilai tanggungjawab. Contohnya, Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa yang memberikan pendidikan kepada anak-anaknya, termasuklah Wahi yang dipelihara neneknya.
 Nilai patriotik. Contohnya, Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
 Nilai berani. Contohnya, Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja dan hanya mundar-mandir.
 Nilai rajin. Contohnya, Datuk Dolhi rajin baca buku-buku ilmiah untuk menambah pengetahuannya.



Pengajaran
 Ibubapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.
 Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana memiliki dadah. Beliau tidak memarahi Dani sebaiknya menjamin Dani dan berusaha memasukkan Dani ke pusat pemulihan.
 Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong ekonomi negara. Sikap ini yang ditunjukkan oleh Datuk Dolhi yang menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi wajar dicontoh oleh masyarakat.
 Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu untuk memajukan diri dan negara. Datuk Dolhi dan Wahi rajin baca buku-buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan.
 Janganlah mudah terpengaruh apabila ditawarkan kemewahan melalui jalan yang salah. Sikap Hasnol yang mudah terpengaruh apabila diberi rasuah oleh Tengku Munir sebagai imbuhan untuk meluluskan terdernya amat tidak wajar dicontoh oleh masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan