MOHD FITRI BIN BUNIRAN D20101037126
Penyata Razak 1956
Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Tun Abdul Razak Hussein. Hasil dari penubuhkan Jawatankuasa Pelajaran ini mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Sebelum laporan Razak ini, terdapat tiga laporan yang telah dibuat iaitu Laporan Barnes(1950), Laporan Fenn-Wu(1951), dan ordinan Pelajaran (1952).
Jawatankuasa ini mempunyai beberapa tugas.Antaranya mereka menjalankan kajian dan perbincangan mengenai sistem pendidikan yang sedia ada ketika itu. Selain itu jawatankuasa ini turut membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi untuk menyatupadukan penduduk berbilang bangsa. Seterusnya jawatankuasa ini turut menjalankan tugas untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka juga turut menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain. Jawatankuasa ini juga turut mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu pada ordinan itu. Ini bagi menambah baik sistem pendidikan yang ada dan menjadikan sistem pendidikan yang ada relevan,tidak ketinggalan dan bersepadu.
Setelah kajian dan pemerhatian dilakukan pada sistem pendidikan ketika itu, terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan di dalam laporan ini. Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu. Di antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. SRK diwujudkan sebagai sekolah umum yang terbuka untuk setiap warganegara tanah melayu ketika itu. Sekolah ini mempunyai kurikulum yang disediakan oleh kementerian pelajaran.SRJK pula diwujudkan dan dibahagikan kepada dua iaitu SRJK(T)iaitu tamil dan SRJK(C)iaitu cina. Sekolah ini menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar. Masyarakat cina akan menghantar anak-anak mereka ke SRJK(C) dan masyarakat india akan menghantar anak mereka ke SRJK(T). Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama. Kedua, bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Ketiga, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Keempat, bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. Kelima, sekolah-sekolah rendah ditukarkan kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Kelima, penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. Keenam, semua guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan untuk mengajar. Ketujuh, sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
Tujuan Penyata Razak adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.Selain itu, mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. Selain itu, Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. Hal ini bagi memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan lalu mewujudkan masyarakat yang berdaya saing serta hidup aman damai.
0 ulasan:
Catat Ulasan