Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu mempunyai beberapa ciri atau aspek yang tertentu. Aspek yang pertama ialah dari segi bunyi bahasa. Merujuk kepada sistem ini, bahasa Melayu mempunyai tiga jenis bunyi iaitu bunyi vokal, bunyi konsonan, dan bunyi diftong. Bunyi vokal terdiri daripada lima fonem iaitu [a], [e], [i], [o], dan [u]. Bunyi konsonan pula ialah bunyi selain huruf vokal. Terdapat 26 bunyi konsonan dalam bahasa Melayu, termasuklah bunyi [gh], [kh], [sy], [ng], dan [ny]. Bunyi diftong pula ialah bunyi yang terhasil dalam dua huruf vokal yang berturutan dalam satu suku kata. Bunyi ini terdiri daripada [ai], [au], dan [oi].
Selain itu, perkara yang tedapat dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu ialah bentuk atau pola suku kata. Suku kata mempunyai empat pola umum iaitu V, VK, KV, dan KVK. Namun begitu, terdapat juga pola suku kata yang lain seperti KKVK, VKK, KVKK, KKVKK, KKKV, dan KKKVK. Lazimnya, suku kata ini terbentuk daripada kata pinjaman. Seterusnya ialah sistem keselarasan huruf vokal. Terdapat 18 bentuk pola keselarasan huruf vokal. Dalam sistem keselarasan ini, terdapat beberapa pola keselarasan huruf vokal utama, kekecualian keselarasan huruf vokal, dan pola berubah.
Seterusnya, terdapat beberapa ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris. Ejaan pinjaman ini juga mengalami proses penyesuaian huruf tertentu, contohnya perkataan “economy” kepada “ekonomi” (penyesuaian huruf konsonan [c] kepada [k] dan [y] kepada [i]). Terdapat juga kata pinjaman yang mengalami pengguguran daripada gabungan yang sama seperti perkataan Inggeris “pill” kepada “pil”.
Selain itu juga, perkataan pinjaman ini juga mempunyai ejaan huruf gugus konsonan yang terbahagi kepada dua jenis iaitu gugus dua konsonan dan gugus tiga konsonan. Sebagai contoh, perkataan dua gugus konsonan iaitu draf, blaus, proses, dan sebagainya, manakala perkataan tiga gugus konsonan pula ialah skrip, spring, strategi, dan sebagainya.
0 ulasan:
Catat Ulasan