Tiger Mother
Tiger mother merujuk kepada cara mendidik anak yg digunakan oleh masyarakat china yang diutarakan oleh Amy Chua. Cara mendidik ini menggunakan cara yang kasar seperti mendera,mengherdik,memaki dan sebagainya. Saya agak bersetuju dengan cara ini kerana niat mendidik dengan cara ini adalah untuk mendisiplinkan anak-anak. Dalam konteks masyarakat melayu,ada pepatah yang mengatakan bahawa jika sayangkan anak,tangan-tangankan,jika sayang isteri tinggal-tinggalkan. Ini membawa maksud anak perlu dididik bukan sahaja menggunakan cara yang lembut tetapi juga dengan cara yang kasar.
Cara ini akan lebih memberi kesan kepada anak itu. Anak-anak akan lebih mengingati nasihat yang diberikan oleh ibubapa mereka. Kadangkala cara ini dilihat agak kejam,tetapi ini adalah untuk kebaikan anak-anak itu sendiri. Agama islam juga menyuruh ibubapa merotan anak-anak jika mereka tidak mahu solat setelah umur tujuh tahun. Kesan ini dapat dilihat pada zaman kini.Masalah sosial dalam kalangan remaja kian meningkat. Sebab utama adalah pengaruh rakan dan kebebasan yang keterlaluan serta kurang perhatian daripada ibubapa. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak juga mendorong kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja.
MOHD FITRI BIN BUNIRAN
D201010137126
0 ulasan:
Catat Ulasan