Rabu, 26 Januari 2011

STEREOTYPE

Pernahkah kita mendengar perkataan "stereotype"?tahukah kita apa yg dimaksudkan dengan stereotype?di kesempatan ini mari kita sama-sama mengupas apa yang dikatakan stereotype.

Stereotype merujuk kepada pandangan oleh sesuatu kumpulan manusia yang mengandaikan melalui pandangan atau mengkritik sesuatu berdasarkan kebiasaan.Hal ini berlaku apabila pemikiran manusia memusatkan dan berfikiran yang negatif terhadap sesuatu perkara.Pandangan atau stereotype ini biasanya tidak benar dan banyak memberikan implikasi kepada individu tersebut.

Istilah stereotype ini mula diperkenalkan oleh pengkritik tersohor iaitu David mason dan John Federick Nims.Istilah ini digunakan semasa mengkritik karya Salvador Dali dimana karya hasilannya dianggap stereotype kerana sering menggunakan perbandingan kegebuan pipi wanita dengan bunga mawar.

Setiap orang memiliki stereotype yg tersendiri terhadap sesuatu perkara.Apabila kita melihat para ahli politik,secara tidak langsung pemikiran stereotype ini akan mempengaruhi kita untuk menilai mereka.Kita akan berfikir ahli politik merupakan seorang yang pandai berkata(retorik),tamak,ada agaenda tersendiri,turun padang hanya semasa pilihanraya sahaja,tidak menepati janji,hipokrit,rasuah dan lain-lain lagi. Stereotype terhadap seorang guru pula seperti makan gaji buta,cuti banyak,mementingkan gaji,kerjaya pilihan terakhir dan mudah. pemikran seperti ini secara tidak langsung akan menjejaskan kredibiliti seseorang itu

Persoalannya,adakah stereotype ini untuk pemikiran yang negatif sahaja?tiada jawapan yang khusus.Ini kerana terma ini terpulang kepada penilaian setiap individu di dalam menentukan ianya positif atau negatif.Jadi mengapa kita perlu menganggap perkataan ini hanya untukperkara buruk dan mengucapkannya dalam nada yang cukup negatif.Cara kita berfikir yangakan mencorakkan pemikiran kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan