KOD KURSUS :BML 2152 WARISAN JAWI
TAJUK : TUGASAN INDIVIDU
NAMA : MOHD FITRI BIN BUNIRAN
NO. MATRIK : D20101037126
KUMPULAN : E
SEMESTER : 1 SESI 2010/2011
PROGRAM : AT05 IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU)
DENGAN KEPUJIAN
NAMA PENSYARAH: PUAN ALIZAH BINTI LAMBRI
Soalan 1 : Sejarah kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan perkaitannya dengan perkembangan tulisan jawi.
Terdapat banyak teori mengenai sejarah kedatangan islam ke Asia Tenggara.Tiada jawapan yang tepat bagi memastikan dari mana datangnya pengaruh Agama Islam ke Asia Tenggara kerana tiada bukti yang sahih bagi memastikan tarikh kedatangan serta golongan yang terlebih dahulu menyebarkan islam. Terdapat 3 teori yang popular menyatakan bagaimana dan dari mana Islam datang ke Asia Tenggara.
Teori pertama ialah Islam datang daripada Negara China pada akhir abad ke-10 dan awal abad ke-11. Sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi Islam telah berkembang ke China. Baginda telah menghantar seorang sahabat nabi yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan Islam.Berlaku satu huru-hara di China, terutamanya di kawasan yang ramai penganut Islam iaitu di Yunnan.Hal ini telah menyebabkan ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Penghijrahan mereka juga telah membawa kepada perkembangan agama Islam di Asia Tenggara.
Teori kedua pula menyatakan Islam datang dari India.Perhubungan India dengan beberapa negara di Asia Tenggara telah lama terjalin. Pada abad ke-13masihi,apabila kerajaan umat Islam di Arab telah menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Sudagar-saudagar Muslim dari Gujerat sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran islam kepada penduduk tempatan.
Teori seterusnya ialah islam datang daripada Tanah Arab. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Syed Muhamad Naquib Al-Attas. Menurut catatan Cina yang menyebut bahawa orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa pada abad ke-7 iaitu pada tahun 684 masihi. Terdapat juga catatan Barat yang menyatakan pada tahun 1717 masihi, sebuah angkatan laut Islam belayar dari Tanah Arab menuju ke China.Dalam perjalanan itu, mereka telah singgah di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang lalu menyebarkan agama Islam di situ.
Kesan terpenting berkaitan kedatangan Islam ini ialah agama Islam datang bersama-sama dengan al-Qurannya.Dalam penyebaran Islam menjadi suatu kewajipan apabila bahawa islam perlu disebarkan kepada orang lain bersama-sama al-Quran berserta kitab-kitab dijadikan sebagai sumber rujukan. Pengaruh dan al-Quran terhadap masyarakat di Asia Tenggara amat luar biasa dan sama tidak seperti agama yang hadir sebelum Islam kerana mereka tidak datang bersama kitab. Bagi memahami al-Quran, penduduk di Asia Tenggara terlebih dahulu mesti mengenali huruf-huruf yang dibawa daripada Arab ini.
Kedatangan agama Islam secara tidak langsung turut membawa tulisan Arab. Kemahiran dalam membaca al-Quran telah menyebabkan penduduk di Asia Tenggara mengenali tulisan Arab terlebih dahulu. Pemahaman berkenaan al-Quran dan ajarannya termasuk pembacaan yang bertambah baik oleh penduduk di Asia Tenggara telah membiasakan penduduk Asia Tenggara dengan tulisan Arab.Daripada tulisan jawi tersebut telah dijadikan tulisan Melayu yang mempunyai tambahan beberapa huruf istimewa dalam bahasa Melayu bagi mendapatkan bunyi bahasa Melayu itu sendiri.
Sejarah kedatangan jawi bermula pada 1303M iaitu seperti yang tercatat pada Batu Bersurat di Terengganu. Tulisan jawi yang digunakan pada batu bersurat tersebut untuk menulis mengenai agama Islam. Pihak Inggeris ada menyatakan pendapatnya berkenaan kedatangan tulisan jawi dengan mengaitkan penemuan sebuah batu nisan yang tertulis perkataan-perkataan menggunakan tulisan jawi. Tetapi kenyataan ini telah disangkal oleh pengkaji sejarah. Selain itu,terdapat pihak yang menyatakan tulisan jawi ini telah berada di Asia Tenggara sejak dari abad pertama lagi. Menurut catatan pengembara China, I-Tsing menyatakan bahawa sudah terdapat beberapa daerah yang menganut agama Islam pada abad ke-7 dan 8 lagi. Pengembara daripada Itali iaitu Marco Polo turut mencatatkan perkara yang sama.
Golongan pendakwah merupakan golongan utama yang menyebarkan tulisan jawi ini. Sebelum dipanggil tulisan jawi, tulisan Arab yang digunakan bagi mengeja ejaan bahasa Melayu ini digelar tulisan ‘jawah’. Tulisan jawi yang ada pada hari ini pada asalnya mempunyai 30 abjad yang dibawa daripada Timur Tengah. 30 fonem ini tidak cukup bagi mendapat bunyi yang sebenar dalam ejaan bahasa Melayu.Dengan ini,proses peminjaman enam lagi huruf daripada Parsi telah dilakukan.
Penambahan huruf ini juga adalah sebahagian usaha untuk menterjamahkan kitab-kitab agama yang dibawa oleh para pendakwah daripada Timur Tengah daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Dengan adanya penambahan huruf-huruf tersebut, penyampaian ilmu agama Islam kepada orang ramai lebih berkesan dan mudah difahami.Hal ini amat penting kerana dalam ilmu Islam terdapat lagi pecahan-pecahan ilmunya seperti ilmu Fikah, Muamalat, Tauhid dan lain-lain lagi.
Terdapat beberapa tahap dan sistem perkembangan jawi di Tanah Melayu. Tahap pertama atau sistem lama ialah ejaan jawi menggunakan sistem baris seperti yang terdapat dalam al-Quran untuk menghasilkan bunyi.
Pada tahap kedua atau sistem tua, tanda baris tersebut telah dibuang. Sistem ini juga dikenali sebagai Arab gondol. Walaupun sistem ini memudahkan penggunanya untuk menulis dan kelihatan maju,tetapi sistem ini juga telah menyusahkan penggunanya untuk membaca tulisan tersebut.Ini kerana huruf-huruf jawi boleh menghasilkan lebih dari satu bunyi untuk satu huruf.
Tahap ketiga atau sistem baru pula menggunakan huruf vokal atau saksi pada keseluruhan ejaan bagi menghasilkan bunyi sebutan. Pada awalnya huruf vokal atau saksi hanya diletakkan pada suku kata pertama sahaja.
Keempat ialah sistem yang mempunyai ejaan unsur Arab iaitu pinjaman huruf Arab dan perkataan. Yang kelima ialah ejaan kemelayuan iaitu perkataan yang dipinjam daripada Arab tetapi dieja menggunakan ejaan Melayu.
Kesimpulannya, kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah membawa ajaran yang baru berkenaan kepercayaan masyarakatnya berkaitan hal keagamaan. Seiringan dengan itu, tulisan jawi yang dibawanya turut berkembang sama dengan perkembangan ajaran Islam di Asia Tenggara sehingga mencapai tahap tertingginya sebagai tulisan yang utama.Walaubagaimanpun,penggunaan tulisan jawi semakin luput pada masa ini.
Soalan 2 : penggunaan tulisan jawi dengan menyatakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang terdapat dalam catatan sejarah.
Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Tulisan jawi ini juga digunakan untuk kesenian, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan sebagainya. Dalam sejarah yang dahulu tulisan jawi telah digunakan untuk beberapa perkara seperti prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.Teks pada batu ini berkaitan dengan peraturan dan hukum-hukum terhadap sesuatu pelanggaran undang-undang yang telah ditetepkan di negeri itu.
Menurut Muhammad Bukhari lubis tulisan jawi bermula sejak abad ketujuh.Selain prasasti, tulisan jawi juga digunakan pada batu hidup dan batu nisan. Tulisan jawi telah ditemui pada batu hidup di Pangkalan Kempas Negeri Sembilan. Manakala bagi batu nisan pula terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya kerajaan-kerajaan Islam pada zaman silam. Hal ini disebabkan penggunaan batu nisan yang diletakkan ke atas kawasan perkuburan bagi setiap orang Islam yang telah meninggal dunia pada masa itu.Antara contoh batu nisan ialah tulisan jawi pada batu nisan Syeikh Rukunddin yang bertarikh 48 hijrah di Barus,sumatera.
Penggunaan tulisan jawi semakin meluas.Ini dibuktikan dengan ukiran pada mata wang yang digunakan bagi urusan jual beli pada zaman dahulu. Tulisan jawi yang digunakan pada mata wang terutamanya wang perak dan emas. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah, Mansur Shah dan lain-lain. Tulisan jawi yang diukir nama raja-raja tersebut merupakan tanda kuasa dan kekayaan yang ada pada raja tersebut.
Sehubungan itu dari aspek penghubungan rasmi, tulisan jawi digunakan dalam penulisan. Contohnya ialah surat kiriman antara raja-raja. Kaedah ini bukan sahaja dilakukan oleh raja Melayu tetapi juga raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan Portugal, raja Melayu dengan raja Inggeris atau raja-raja lain. Penggunaan tulisan jawi sangat meluas dalam bidang pentadbiran merangkumi surat-surat perjanjian antara raja dan negara di alam Melayu.
Pada zaman dahulu kegiatan penulisan giat dijalankan. Buktinya ialah kewujudan kitab dan buku. Kitab dan buku yang ditemui kebanyakannya terdapat dalam bentuk menuskrip yang bertulis tangan dan cap batu.Pengkaji barat seperti Van Rongkel,Robinson Van DE Wall dan Wilkinson pernah menyatakan kekaguman terhadap keseragaman ejaan jawi dalam manuskrip lama.Antara contoh manuskrip Melayu ialah kitab Aqaid al Nasafi yang bertarikh 998 hijrah.
Berdasarkan sejarah sememangnya terbukti kedatangan para pedagang ke Tanah Melayu. Bagi urusan perniagaan dan perdagangan ini tulisan yang digunakan adalah sama iaitu tulisan jawi. Bukti beberapa catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal perdagangan. Segala urusan perjanjian ini semua terbukti menggunakan tulisan jawi.
Kedatangan para pedagang dan penjajah telah mengubah suasana di Tanah Melayu. Antaranya ialah kemajuan yang telah dicapai berlandaskan pengaruh yang masuk ke Tanah Melayu. Contohnya, pihak penjajah yang telah memperkenalkan teknologi mencetak. Dengan menggunakan kelebihan teknologi ini, bahasa dan tulisan jawi berkembang dengan cepat. Buktinya ialah banyak pencetakan surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan Arifin, surat khabar Utusan dan majalah al-Imam.
Tulisan Jawi juga turut digunakan didalam piagam dan teks pemahsyuran.Contohnya pelantikan seseorang itu menjadi pembesar seperti yang dilakukan di Brunei(Ikhtisar Budaya,Brunei 1976:13-18).Selain itu,pemahsyuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu(1957) mempunyai teks didalam tulisan jawi yang ditandatangani oleh Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Semarak Jawi + Khat
BalasPadamhttp://typophile.com/node/74436
------------------------
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
xkan jawi hilang didunia
BalasPadam@ xkan jawi hilang didunia
BalasPadam-
Semakin Terancam?!
Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2= 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
Nak taip tulisan Jawi dalam Word?
Nak tulisan Jawi Vektor dalam CorelDraw?
Nak tulisan Jawi Vektor dalam Photp shop?
Nak tulisan Jawi Vektor dalam Illustrator?
Sangat2 berguna nak buat design dengan Digital Jawi Khattat:
http://typophile.com/node/48495
http://typophile.com/files/MirEmad.pdf