Khamis, 14 Oktober 2010

FONOLOGI

Fonologi

Menurut Chomsky dan Halle(1968), fonologi adalah ‘alat pentafsir’ yang menghubungkan struktur luar dengan bentuk fonetiknya. Menurut Halli Day pula, fonologi adalah penghubung antara keseragaman bahasa dengan bentuknya.

Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang ilmu yang mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluaran dan sifat fizikalnya. Fonetik ini bertumpu kepada panjang dan pendek, keras dan lembut, tekanan, intonasi dan irama dalam satu-satu bahasa.Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi penting dalam satu-satu bahasa.Fonemik pula merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi penting dalam sesuatu bahasa.Fonemik mempunyai fungsi atau ciri pembeza yang dinamakan fonem.

Fonetik:
Pembahagian fonetik terbahagi kepada tiga.Bahagian pertama ialah gerakan alat-alat ujaran yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi.Fonetik jenis ini memperincikan selok-belok jenis fonetik .Bahagian kedua ialah kajian terhadap pendengaran bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori.Kajian fonetik ini lebih kepada pemadanan ciri akustik bunyi bahasa dengan apa sahaja maklumat yang dimiliki pendengar,iaitu persekitaran,tatabahasa dan sebagainya.Bahagian seterusnya ialah kajian terhadap sifat bunyi atau fonetik akustik.kajian fonetik ini terhad kepada kajian ciri fizikal bunyi bahasa yang dimiliki suatu bahasa yang sampai ke telinga pendengar.Pengkajian dilakukan dengan merakam gelombang bunyi yang dikeluarkan oleh penutur beberapa alatan khas contohnya spektograf,osiloskop dan laringskop. (Awang Had Salleh:1958:536-540).

Pengkajian fonetik bermula di barat dengan penubuhan Persatuan Fonetik Antarabangsa 1856.Walaupun begitu, terdapat buku-buku yang membincangkan masalah fonetik ini telah diterbitkan lebih awal. Diantaranya ialah buku Orthographie yang ditulis oleh John Hart(1569), De Grammatica Anglicona yang ditulis oleh John Wallis(1653) dan buku The Essential of Phonetics yang ditulis oleh Alexon De Ellis(1848).

Seterusnya adalah proses fonetik.Fonetik merangkumi ujaran. Ujaran ialah ungkapan yang memberi makna kepada orang yang mendengar termasuk bunyi yang dihasilkan oleh bayi.Terdapat lima alat pembentuk ujaran iaitu pita suara, anak lidah, lidah, bibir, dan rongga hidung. Pita suara merujuk kepada dua pasang selaput nipis di bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum.Menghasilkan bunyi geseran glottis,bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara.Anak lidah pula menghasilkan ujaran dengan menutup pintu rongga mulut dan muka rongga hidung lalu, terhasil bunyi sengauan.Lidah menghasilkan ujaran dengan merubah kedudukan dalam mulut dan menghasilkan bunyi vokal dan sesetengah bunyi konsonan. Bibir pula menghasilkan letupan dengan merapatkan bibir dan menghasilkan bunyi(P,B). Alat pembentuk ujaran yang terakhir ialah rongga hidung. Rongga hidung akan menyekat udara dan menghasilkan bunyi F.Bunyi nasal turut terhasil udara dari paru-paru dilepaskan melalui rongga ini.Antaranya (m dan n).

Terdapat tiga faktor yang menyebabkan kelainan bunyi iaitu getaran pita suara, daerah bunyi dihasilkan dan cara bagaimana bunyi itu diucapkan. Bunyi yang berlainan dari segi fonetik dikumpulkan kepada beberapa bunyi dasar atau disebut sebagai fonem berdasarkan fungsi bunyi itu. Setiap bahasa hanya mempunyai 15 hingga 50 fonem sahaja. Sebagai contoh, bahasa Inggeris mempunyai 42 fonem dan bahasa Melayu mempunyai 31 fonem.

Alunan suara dalam mengalunkan fonem disebut sebagai intonasi, terdapat tiga jenis intonasi iaitu tekanan dinamik atau “stress”, tekanan nada atau “pitch”,dan tekanan waktu atau “tempo”. Intonasi digunakan dalam menyampaikan maksud kepada orang lain. Intonasi yang salah menyebabkan salah faham maksud. Sebagai contoh, cerita seorang Melayu menumbuk kawannya seorang Cina kerana intonasi Cina itu salah dalam menyebut ayat “lu-gua-mak-lu-bi-ni-gua”(pelita bahasa melayu ii:136).

Intonasi dinamik merupakan tekanan pada kata-kata yang dianggap penting.Contohnya dari seluruh kata perumahan,bahagian ‘mah’ diucapkan lebih keras berbanding bahagian lain perkataan itu. Intonasi nada atau pitch ialah tekanan tinggi rendah suara yang dihasilkan. Suara tinggi menggambarkan keriangan, marah, dan lain sebagainya. Sementara, suara rendah mengungkapkan kesedihan,pasrah,ragu,putus asa, dan lain sebagainya.Seterusnya Intonasi tempo, iaitu cepat lambat pengucapan suku kata atau kata.Sebagai contoh, dalam peyebutan bahagian-bahagian dalam kata tinggi , iaitu / ting / dan / gi / masing-masingnya boleh diucapkan dalam waktu yang sama.Tetapi boleh terjadi seorang penutur mengucapkan bahagian / ting / lebih lama dari segmen / gi / atau sebaliknya. Misalnya: / ti . . ng-gi sekali / atau / ting-gi . . sekali / .Dalam hal yang pertama /i/ dari segmen / ting / diucapkan lebih lama, sedangkan dalam hal yang kedua /i/ dari segmen / gi / diucapkan lebih lama.


Fonemik:

Fonemik ialah kajian bahasa dari segi fungsi atau struktur bunyi.Bahasa mempunyai struktur.Bahagian ini tidak mudah diketahui dan mempunyai aturan tertentu.Fonemik merangkumi kajian terhadap ujaran di mana ujaran merupakan rentetan bunyi yang bersambung. Bunyi ini dapat dipisahkan contohnya, “ saya makan nasi” dipecahkan kepada saya/makan/nasi dipecahkan lagi kepada sa-ya-ma-kan-na-si seterusnya s-a-y-a-m-a-k-a-n-n-a-s-i.

Fon ialah penggalan bunyi bahasa dan ditandai dengan tanda [ ].Contohnya jika dalam ayat perkataan saya ‘hendak makan ditulis’ [sayahendakmakan].Jika diujarkan satu persatu,ayat ditulis semula [saya][hendak][makan].

Alofon ialah variasi daripada satu fonem yang tertentu berdasarkan posisi fonem itu.Contohnya fon [p] dalam bahasa melayu mempunyai dua cara penyebutan,iaitu letupan fon [p] disempurnakan(pukul/putus/lupus) dan fon [p]tidak diletupkan(atap/lelap/malap).Ciri fonetik adalah sama dan digolongkan dalam satu fonem p.

Fonem merupakan gabungan terkecil dalam sebuah bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Dua perkataan yang hampir sama akan berbeza maksud dengan hanya perbezaan satu fonem .Contohnya, dalam perkataan nasi dan kasi hanya berbeza fonem n dan k. Bunyi yang dapat membezakan erti kata disebut fonem.

Dalam fonemik bahasa Melayu terdapat 28 fonem penggalan, 22 konsonan dan 6 vokal. Terdapat 6 bahagian artikulasi iaitu bibir, gigi, gusi, lelangit keras,lelangit lembut dan pita suara. Cara sebutan fonem pula ialah letupan, sengauan, geseran, sisian, dan getaran,letusan,hentian glottis,dan diftong.

Letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi(C,J).Letupan dihasilkan dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi(P,B).Hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak(K).Geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi(S,H).

Getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah(R).Sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut. [l].Sengauan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut.Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.contohnya lambat,tuala,cekal

Diftong ialah Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain.Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan.contohnya ai,au,oi.

0 ulasan:

Catat Ulasan