KOD KURSUS:BML1242 SEJARAH BAHASA MELAYU
TAJUK ESEI :FUNGSI BAHASA MELAYU MODEN
NAMA :MOHD FITRI BIN BUNIRAN
NO.MATRIK :D20101037126
TAJUK :FUNGSI BAHASA MELAYU MODEN
KUMPULAN :B
SEMESTER : 1 SESI 2010/2011
PROGRAM :IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH:EN.RAZALI BIN AYOB
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang amat penting di Malaysia.Bahasa ini mendukung pelbagai fungsi dan peranan.Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai fungsi bahasa melayu moden,kita perlu menyingkap perkembangan bahasa ini.Bahasa Melayu di Malaysia mengalami tiga tahap perkembangan yang utama iaitu bahasa melayu kuno,bahasa melayu klasik dan bahasa melayu moden.
Bahasa Melayu kuno bermula pada abad ke-7 hingga ke abad 13 iaitu pada zaman kerajaan srivijaya.bahasa melayu menjadi lingua franca iaitu digunakan secara meluas dalam pentadbiran kerajaan Srivijaya.terdapat pengaruh bahasa Sanskrit serta pengaruh agama hindu pada tahap ini
Bahasa Melayu klasik mengalami kegemilangan pada zaman kerajan Melaka,zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-riau.Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa istana,pentadbiran dan perdagangan.Bahasa pada zaman ini menggunakan ayat yang panjang dan berbelit-belit.Selain itu terdapat banyak ayat songsang dan perkataan klasik digunakan.
Bahasa melayu Moden bermula pada abad ke 19.Hasil karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.pada zaman penjajahan British,mereka mengubah dasar di mana bahasa Inggeris dijadikan pengantar dalam sistem pendidikan.Walaubagaimanapun,selepas kemerdekaan bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan.
Selepas kemerdekaan,bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat.Martabat bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan.Selain itu bahasa Melayu turut berperanan sebagai bahasa perpaduan,bahasa rasmi,bahasa ilmu,bahasa komunikasi dan bahasa ilmu.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa kebangsaan bermaksud bahasa mampu menjadi lambang kerjasama dan semangat kebangsaan dari setiap suku bahasa yang ada .Semasa Malaysia (dulunya Malaya) masih terletak di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, tidak pernah ada usaha yang dibuat untuk memilih satu bahasa kebangsaan.Pada waktu ini,bahasa inggeris digunakan sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran.Cara ini digunakan supaya penduduk di tanah melayu terbahagi dan berbeza dari segi kebudayaan,ekonomi dan bahasa.
Pemilihan satu bahasa untuk dijadikan bahasa kebangsaan menjadi semakin penting selepas Malaya berkerajaan sendiri pada tahun 1957.Peralihan penggunaan bahasa inggeris kepada bahasa melayu akan berlaku kerana pada masa itu hanya terdapat lebih kurang 10% dari bilangan penduduk yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa yang digunakan dalam pentadbiran negara.Oleh yang demikian, untuk membolehkan penduduk Malaysia menjalankan hal-ehwal pentadbiran negara mereka sendiri, maka penting untuk mereka menggunakan satu bahasa yang lebih luas penggunaanya. Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka,perlu ada satu bahasa Kebangsaan untuk kepentingan identiti yang sama bagi semua rupa bangsa yang tinggal di Malaysia.Dalam hal ini, bahasa Melayu telah difikirkan paling layak untuk dijadikan bahasa Kebangsaan Malaysia.
Ada banyak faktor dan pertimbangan lain yang juga penting dalam memilih bahasa Kebangsaan ini. Dari segi peratus bilangan penduduk,jumlah penduduk Melayu adalah terbesar bilangannya iaitu sebanyak 43% dari penduduk Malaysia, sementara penduduk Cina pula membentuk 36% dan India 8% dari penduduk Malaysia. Baki 10% yang lain itu adalah terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa yang boleh dianggap sebagai masyarakat minoriti.Selain itu,bahasa Melayu digunakan oleh semua penduduk sebagai lingua franca termasuklah kalangan golongan masyarakat pendatang serta bahasa yang dituturkan agak seragam.
Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna bahawa bahasa-bahasa kaum-kaum lain didiskriminasikan. Hak setiap bahasa asing itu terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia (1972:116-7). Bahasa-bahasa lain adalah dibenarkan untuk diguna dan dimajukan bersama-sama bahasa Malaysia.
Pada 1969, kerajaan telah mengambil sikap yang lebih berani dan tegas dalam melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, untuk menggantikan bahasa Inggeris. Berikutan dengan itu juga , bahasa Malaysia dijadikan syarat untuk mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi dalam sektor kerajaan, ketetapan dalam jawatan, serta kelulusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran malaysia.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI
Bahasa Melayu turut berfungsi sebagai bahasa komunikasi.Bahasa Melayu digunakan dalam urusan rasmi dan tidak rasmi termasuk dalam pendidikan,pentadbiran, hal perdagangan dalam negeri, industri khusus, perkhidmatan kewangan dan media massa.
Sebagai bangsa yang merdeka, kita mahu melihat negara kita maju mengikut acuan sendiri. Kini sektor swasta bertambah yakin terhadap kemampuan bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi, pengembangan minda dan pembangunan ekonomi. Untuk memperkasakan bahasa kebangsaan bukan sahaja melalui penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu khususnya bidang kebahasaan, tetapi juga dengan penghasilan produk dan perkhidmatan yang berasaskan bahasa kebangsaan. Malah bahasa kebangsaan dapat melengkapkan ilmu dan maklumat yang perlu diketahui oleh segenap lapisan masyarakat diseluruh pelosok negara.
Tiada alasan untuk mana-mana pihak mengingkari Perlembagaan Negara dengan mengagung-agungkan bahasa asing kerana bahasa Melayu telah menyediakan kemudahan lengkap untuk mengungkapkan kata dan istilah untuk semua bidang. Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI
Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ainon Mohammad (1984) pula merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentabiran dan di dalaam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi juga mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara.
BAHASA MELAYU SEBAGI BAHASA ILMU
Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.
Bahasa Melayu bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa pernyatuan kaum di Malaysia. Perkara ini dibuktikan sejak sekian lama dengan perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut stabil sekali gus merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Secara ringkas, inilah berkat hasil bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara ini sejak awal tahun 70-an.
Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahasa Melayu telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi sekali gus dapat melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi tenaga dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara.
Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai ‘lingua-franca’ dan juga ‘bahasa kedua’ akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahasa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan domain ilmu.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN
Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dalam sebuah negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu,bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan memberi maksud satu bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat penyatupaduan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.
Sejarah membuktikan bahawa perpaduan sukar dicapai oleh masyarakat pelbagai ras dan etnik tetapi bukan mustahil. Semasa zaman kolonialisasi, British mengamalkan dasar ‘pecah dan perintah’ yang mewujudkan jurang ekonomi manakala dasar ‘laissez-faire’ dalam pendidikan menyebabkan perkongsian pengetahuan dan keseragaman perperiksaan tidak dapat dicapai.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini pada dasarnya berpandukan sistem barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat.Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik iaitu berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular dimana mereka tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama.
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, iaitu masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.
Penyatuan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan melalui penerapan nilai-nilai murni seperti yang tercatat dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERUNDANGAN
AKTA BAHASA KEBANGSAAN
Malaysia adalah di antara beberapa buah negara di dunia yang memperuntukkan akta khas berkenaan bahasa kebangsaan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan 1957 di bawah Perkara 152 telah menjamin kedaulatan dan autoritatik bahasa kebangsaan, namun kewujudan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 32) adalah bertujuan memastikan bahasa kebangsaan diaplikasi dan diimplementasikan secara holistik di dalam struktur kehidupan rakyat dan pemerintahan negara. Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dengan jelas menuntut penggunaan bahasa kebangsaan di dalam mahkamah oleh pengamal undang-undang.
Akta Bahasa Kebangsaan pada hakikatnya adalah manifestasi peruntukan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menzahirkan aspirasi negara yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai wadah dalam proses pembangunan negara yang diyakini dapat menyatupadukan bangsa di Malaysia yang pelbagai kaum dan latar belakang.
Akta Bahasa Kebangsaan pertama kali dibuat pada tahun 1963 dan seterusnya pada 1967 telah disatukan dan disemak pada 1971. Seksyen 1 akta berkenaan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan terpakai di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Manakala Seksyen 2 pula menegaskan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi dalam segala hal selaras dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan. Bagi tujuan terjemahan pula, Seksyen 3 Akta ini membenarkan terjemahan selain bahasa kebangsaan dibuat demi kepentingan awam dan Yang Dipertuan Agong boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris untuk tujuan rasmi setakat yang difikirkan patut mengikut peruntukan di bawah Seksyen 4 akta berkaitan.
Bahasa kebangsaan berperanan di dalam institusi perundangan negara di mana Seksyen 8 memastikan segala prosiding, tidak termasuk pemberian keterangan oleh saksi; dilaksanakan di dalam bahasa kebangsaan sama ada di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret. Walaupun Perkara 152 (4) Perlembagaan membenarkan bahasa Inggeris digunakan, namun bahasa kebangsaan wajar diberikan keutamaan. Manakala Seksyen 11 pula menerangkan bahawa penyediaan sesuatu borang boleh dilakukan di dalam bahasa kebangsan atau bahasa Inggeris, namun begitu bahasa kebangsaan perlu diberi keutamaan yang sepatutnya.
KESIMPULAN
Dari apa yang telah dibincangkan,amat jelas bahawa Bahasa Melayu memainkan peranan yang amat besar kepada negara.Oleh itu,langkah untuk terus memartabatkan bahasa Melayu perlu lebih giat dijalankan.penglibatan generasi muda amat diperlukan untuk memastikan bahasa Melayu terus unggul.Bahasa Melayu mempunyai kelebihan dan keindahan yang tersendiri berbanding bahasa-bahasa lain
Oleh itu tiada alasan untuk mana-mana pihak mengingkari Perlembagaan Negara dengan mengagung-agungkan bahasa asing kerana bahasa Melayu telah menyediakan kemudah-an lengkap untuk mengungkapkan kata dan istilah dalam pelbagai bidang.kita haruslah bersama-samalah kita menanamkan tekad untuk terus memperkasakan bahasa kebangsaan di tanah air tercinta. Semoga keringat pejuang bahasa yang bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan tanah air lebih setengah abad yang lampau terus mendapat pengiktirafan pemegang tampuk negara.
Tidak mustahil suatu hari nanti bahasa Melayu akan menjadi bahasa pengantar dunia seperti bahasa Inggeris.Semua pihak perlu berganding bahu untuk terus meme\perkasakan bahasa Melayu.Sesungguhnya bahasa adalah jiwa bangsa.
BIBLIOGRAFI
Nik Safiah Karim dan Faiza Thamby Chik.(1994).Bahasa Dan Undang-undang.Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Selangor.
Abdullah Hassan.(1976).Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Nasional dalam Masyarakat Malaysia Baru, Pencetakan Dewan Bahasa dan pustaka.
Ainon Muhammad, Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
dan Bahasa Kebangsaan, Seminar Bahasa Malaysia, di Universiti Malaya, 1953.
Asmah Hj. Omar,(1978) Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada
Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan(1987). "30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia”. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Http://www.penerbit.usm.my/pen2006/DAH/DAH.html
Http://melayuonline.com/culture/index.php
0 ulasan:
Catat Ulasan