Sabtu, 6 Jun 2009

MENGAPA REMAJA ADA YANG TIDAK BERMORAL

oleh: Dang Fatiha

Sejak kebelakangan ini banyak kes yang dipaparkan di media massa melibatkan golongan remaja. Keadaan ini amat membimbangkan pelbagai pihak. Faktor utama remaja terlibat dalam pelbagai kes ialah pengaruh rakan sebaya. Namun terdapat juga faktor lain yang mendorong kepada masalah ini.

Remaja kini lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan mereka semasa di sekolah mahupun di luar waktu persekolahan. Oleh itu mudah terikut dengan perlakuan rakan mereka seperti membuli, mencuri bersama-sama selepas diajak oleh rakan mereka. Kes ponteng sekolah juga biasanya dipangaruhi oleh rakan sebaya. Apabila mereka tidak pergi ke sekolah mereka akan berasa bosan dan membuat keputusan untuk ponteng bersama-sama.

Antara factor lain ialah ibu bapa kurang mengambil berat tentang anak mereka terutama remaja. Ibu bapa yang sibuk bekerja tidak ada masa untuk anak-anak mereka. Remaja yang kurang diberi perhatian akaan cenderung untuk melakukan kesalahan-kesalahan. Hal ini kerana mereka merasakan tidak ada sesiapa yang akan melarang mereka dari melakukan kesalahan. Ibu bapa juga tidak mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan, adakah dengan anak yang baik mahupun sebaliknya.

Media massa juga merupakan salah satu factor. Melalui media massa pelbagai unsur aksi ganas dan tidak bermoral dipamerkan kepada remaja. Sifat ingin mencuba dikalangan remaja telah mendorong remaja meniru aksi dan perlakuan yang dipaparkan, seperti aksi pukul memukul telah mendorong remaja melakukan buli. Selain itu aktiviti tidak bermoral dari Barat seperti melepak merosakkan harta benda awam telah membawa kepada penglibatan vandalisme dikalangan remaja.

Faktor lain ialah kurang didikan agama. Remaja kini kurang didikan agama. Oleh sebab itu mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Mereka merasakan mereka tidak bersalah dalam membuat kes-kes seperti mencuri, membuli dan sebagainya. Oleh itu mereka berasa bebas untuk melakukan apa sahaja. Kurang nilai-nilai murni ajaran agama dalam diri remaja.

Kesimpulannya pelbagai pihak haruslah memandang serius masalah remaja pada masa kini. Hal ini kerana remaja merupakan aset utama negara. Semua pihak harus bekerjasama dalam menangani masalah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan