GURUKU
Guru…… .
kaulah ibubapa kedua ku
bukan sahaja mendidik
malah membimbing ku untuk hidup
kata dan teguran mu sentiasa ku ingati
menjadi pedoman meniti hari
Guru……
Kau tumpahkan keringat mu
Untuk mendidik ku menjadi insan berguna
Tidak mengira waktu dan juga tempat
Kau mendidik ku umpama anakmu sendiri
Bukan ilmu dunia semata,tetapi juga ilmu akhirat
Guru……
segala ilmu kau curahkan kepada ku
untukku tiada terbatas
kau memberi tak minta dibalas
ingin dibinanya untuk ku
kehidupan yang sempurna
punyai kekuatan jiwa dan punyai maruah
Guru……
teguranmu dari rasa luhur
menegur sebelum diriku terlanjur
itulah yang ku akan warisi
pesanmu guru terpahat dihati
marahmu bukan tanda kebencian tapi rasa sayang
Guru……
Tika dan saat ini
Ku pohon darimu kerestuan dan redhamu
Atas segala ilmu dan didikan mu
Serta apa jua yang telah kau ajarkan kepada ku
Agar mudah bagiku meniti hari-hari yang mendatang
Dengan ilmu dan pesanan mu
TERIMA KASIH CIKGU…………..
Khas untuk guru-guru tingkatan 6 sesi 2008/2009
Serta semua guru SMK BAGAN TERAP
DOAKAN KEJAYAAN KAMI UNTUK STPM 2009
0 ulasan:
Catat Ulasan