Isnin, 4 Mei 2009

CHENTA.......

CINTA..
kadang-kadang makin dikejar.makin jauh dia pergi..
namun bila tak dikejar,cinta itu bisa datang sendiri..
walaupun kita tidak memerlukannya pada masa itu....

CINTA PANDANG PERTAMA..
bagi aku,aku belum pernah merasainya lagi..
tapi kata orang,ia nya perasaan yang begitu indah..
namun,bukan mudah untuk merasai jika cinta itu berbalas..
susah untuk aku bagi komen kt sini..
mungkin selepas aku merasainya baru la aku
mengetahui kemanisan sebuah percintaan itu..

CINTA MATERIALISTIK..
naluri aku menyatakan bahawa orang yang sedemikian
tidak ikhlas menyatakan cinta nya..
kenapa aku cakap macam tu???
mungkin nafsu terhadap harta yang dimiliki oleh seseorang itu
mendorong berlakunya cinta sebegini..
atau sebaliknya..
mungkin desakan manusia yang mahu kan kekayaan dan kesenangan dengan cepat..
(itu semua andaian semata-mata)

CINTA SEJATI..
bagi aku,cinta sejati aku hanya untuk-Nya..
tiada pengganti yang bisa menggantikan kedudukan-Nya dalam hati aku..
namun pada pemerhatian aku..
ramai orang sanggup membunuh diri akibat cintanya pada manusia..
kenapa orang sanggup melakukan hal yang sedemikian??
kekasih yang abadi cuma satu..
yang sentiasa memerhatikan..
yang cemburu jika aku selingkuh..
yang mendengar segala aduan ku..
yang mengajar aku akan erti kehidupan..
yang memberi aku pelbagai dugaan dan cabaran untuk mendapatkan cinta dari-Nya.
tidak mudah untuk aku meraih cinta dan penghargaan dari-Nya..
bukan mudah untuk melepasi segala dugaan nya..
bukan mudahn dan tidak mudah..
cubaan dan cabaran yang diberikan sangat memeritkan..

0 ulasan:

Catat Ulasan