Sistem pemerintahan di Asia Tenggara telah mengalami perubahan yang ketara terutamanya dalam pentadbiran.kehadiran kuasa barat di Thailand dan Jepun telah mengubah sistem pemerintahan yang telah diamalkan selama ini.perubahan ini untuk penyesuaian dengan system pemerintahan yang diamalkan di barat.
Di jepun,system pemerintahan shogun tokugawa masih diamalkan sehingga abad ke 19.kedatangan kuasa barat telah mempengaruhi system ini da akhirnya system ini telah ditamatkan pada tahun 1868.digantikan dengan sistem maharaja.maharaja meiji telah dipanggil untuk mengetuai Negara.pada 6 april 1868,maharaja telah mengistiharkan piagam sumpah(chater oath) untuk menguatkan pentadbiran jepun bagi meghapuskan sistem feudalisme.perkara ini mengurangkan kuasa bangsawan.
Satu sistem kabinet dan jawatan perdana menteri telah diwujudkan.pada tahun 1888,majlis privy ditubuhkan dimana ia berperanan mengkaji draft akhir perlembagaan.perlembagaan aru jepun telah diistihar pada 11 februari 1889.maharaja merupakan ketua Negara dan telah wujud dua buah dewan iaitu dewan bangsawan yang terdiri dari golongan bangsawan dan calon yang dipilih oleh maharaja.dewan perwakilan pula dianggotai oleh calon yang dipilih oleh rakyat
Manakala di Thailand pula,akibat penjajahan barat di Negara jiran telah membawa perubahan dalam pentadbiran di Thailand.perubahan sistem pentadbiran bermula semasa pemerintahan raja mongkut(1851-1861)dengan mengadakan perubahan yang menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Thailand.beliau tidak menjalankan perubahan secara besar-besaran..beliau masih menjadi raja dan menjalankan jentera-jentera tradisional dalam pentadbiran.
Perubahan pentadbiran diteruskan oleh raja chulalongkorn.beliau melakukan perubahan secara drastic dengan mengurangkan kuasa khunnang seta menubuhkan dua badan pentadbiran iaitu majlis priri dan majlis kebangsaan.anggota majlis priri dipilih oleh chulalongkorn.terdiri daripada golongan muda kalangan kerabat diraja dan keluarga khunnang.berperanan sebagai penasihat peribadi raja.majlis kebangsaan merupakan majlis penasihat rasmi diraja,terdiri dalam kalangan golongan tua.selain itu beliau juga telah mengubah sistem jatusadum kepada sistem kabinet,.sistem ini terdiri daripada 12 kementerian.jawatan perdana menteri disandang oleh raja chulalongkorn dan anggota kabinet terdiri daripada adik beradik beliau.manakala pentadbiran peringkat wilayah dibahagikan kepada kawasan(monthon)terdapat 18 monthon,montho dibahagikan kepada beberapa wilayah(muang),muang dibahagikan kepada beberapa daerah(ampur),ampur dibahagikan kepada beberapa kampung.terdapat ketua disetiap bahagian.
Pada zaman pemerintahan raja prajahipok beliau telah menubuhkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Tertinggi Negara.Majlis ini berfungsi sebagai badan penasihat baginda dan dianggap sebagai badan penasihat baginda dan dianggotai oleh 5 orang ahli keluarga diraja , majlis inilah yang menjadi pemerintah sebenar di Thailand. Beliau bercadang mewujudkan perlembagaan pada ulang tahun ke 150 dinasti chakri pada tahun 1932 tetapi ditangguhkan oleh majlis tertinggi Negara setelah tercetusnya revolusi thai 1932 telah menghadkan kuasa raja dan diganti oleh sisem raja berpelembagaan.
Kesimpulanya , sistem pemerintahannya diasia telah mengalami penerimaan dan pengubahsuaian untuk melicinkan urusan pentadbiran seperti yang berlaku di Negara Thailand dan jepun…
0 ulasan:
Catat Ulasan